Saturday, October 24, 2009

Istiadat Konvokesyen Yang Ke 71















Aku telah selesai menjalani istiadat konvokesyen yang ke 71 di dewan seri budiman di universiti teknologi mara shah alam. Suasana yang begitu meriah sekali dengan kehadiran ibu bapa, adik beradik dan sanak saudara yang meraikan para graduan termasuklah aku sendiri. Hari tersebut begitu indah dan bermakna bagiku bila aku menerima skrol diploma aku dari naib canselor uitm.

Secara keseluruhan, proses istiadat konvokesyen kali ini berjalan lancar dengan sistem transportasi yang cekap yang memudahkan para ibu bapa untuk ke dewan seri budiman dan proceeding bagus yang dijalankan bagi para graduan seperti saringan untuk kesan sebarang tanda influenza A dan pencegahan seperti mencuci tangan. Namun di sebalik semua tadi, masih ada sedikit kecacatan dan keganjalan yang berlaku. Apa pun, secara keseluruhan, semuanya telah berjalan dengan lancar dan sempurna.

Pada hari tersebut, terpancar kebanggaan para ibu bapa pada anak-anak mereka bila mana anak-anak mereka berjaya menamatkan pengajian mereka dalam bidang masing-masing. Aku juga barasa begitu gembira kerana akhirnya aku dapat membuktikan pada ibu aku yang anaknya mampu berjaya seperti anak-anak orang lain walaupun hanya sekadar diploma. Aku akn membalas segala jasa ibuku yang telah banyak berkorban sehingga aku berjaya menamatkan pengajian aku sekarang dan aku juga telah menyambung pengajian aku ke peringkat ijazah dan berkat doa ibuku, mudah-mudahan aku dapat menamatkan pengajian aku dengn cemerlang insyaallah...

Terima kasih mama...

Tuesday, October 20, 2009

Konvo diploma...


Begitu cepat masa berlalu, aku masih ingat lagi kenangan bersama kawan-kawan di sekolah menengah yang mana kitorang sentiasa melakukan suatu mengikut kehendak diri sendiri. Segala peraturan sekolah tak pernah pun ingin aku patuhi dengan rela hati, ponteng sekolah memang agenda aku bersama kawan-kawn aku tiap-tiap hari. Dalam seminggu persekolahan, memang akan ada hari-hari yang akan aku dan kawan-kawan aku ponteng, biasanya hari-hari ponteng lebih dari hari yang hadir ke sekolah, hehe...zaman muda, darah muda kan. Biasala...

Tamat jer zaman sekolah menengah, bermula pula alam yang baru bagi aku yang mana alam ini sememangnya menjadi impian setiap orang dan ibu bapa pada anak-anak mereka iaitu alam universiti. Agak sukar bagi aku untuk masuk ke universiti kerana keputusan SPM aku begitu teruk dan memang telah menghampakan banyak pihak termasuk ibu aku sendiri. Tapi dengan berkat doa ibu dan kesabaran, tuhan telah memakbulkan impian aku ke universiti untuk mengikuti kawan-kawan aku yang lain. Kehidupan di universiti agak mencabar namun aku berjaya menamatkan diploma aku setelah tiga tahun setengah belajar (tempoh belajar sepatutnya tiga tahun).

Hari ini adalah hari bermakna bagi aku apabila aku akan mendapat skrol diploma aku di dalam majlis konvo yang akan diadakan hari ini. Ramai yang akan datang menyaksikan aku hari ini termasuklah mama, uwan, makcik dan pakcik aku dan lain-lain (buah hati pun ada),hehe...

Hooorrrrai!!!!!!! Alhamdulillah, aku bersyukur....

Friday, October 16, 2009

Akhirnya...

Hari ni aku dah berjaya menyaipkan projek blog aku ni yang dah lama tertangguh akibat kesibukan aku. Biasala, nama pun student, memang sibuk ngan kuliah, assignment yang berlambak, lagi-lagi dalam bidang aku ni,memang tak habis-habis dengan course work. Tadi,time duk baca komen kawan-kawan aku dalam facebook, tiba-tiba masuk komen baru dari sahabat aku yang da lama aku tak jumpa. Bukan tak jumpa sebab sombong ke apa, tapi sebab dia masih lagi duk study kat New Zealand. Aku dengan dia ni satu DUN(Dewan Undangan Negeri), satu wakil rakyat yang sama, tapi kampung lain-lain. Dia bagi alamat blog dia kat aku dan aku pun apa lagi,terus jer buka blog dia, macam-macam cerita tentang zaman persekolahan dalam blog dia(dia satu sekolah menengah dengan aku) dan telah menaikkan semangat aku untuk menyiapkan dengan secepat mungkin blog aku ni. Akhirnya, aku telah berjaya untuk memaparkan post aku yang pertama ni. Alhamdulillah...